
Anonymous
5 tahun
Senggugut dan haid sakit
Saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin kira kira 6 bulan yang lalu. Saya mengalami senggugut yang agak teruk sejak saya berusia 20tahun sehingga sekarang. Namun begitu, kitaran haid saya normal. Cumanya, saya akan mula merasa sakit senggugut (tetapi tidak kuat) dalam seminggu sebelum haid dan berterusan hingga hari kedua haid. (Hari pertama dan hari kedua period saya teruk sehingga kadang² tidak dapat meneruskan aktiviti harian). Saya juga tidak merasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sekarang, saya dan suami berada dalam hubungan jarak jauh, dan hanya bersama 2 bulan sekali. Saya berhubungan kebanyakannya pada waktu subur dan Saya masih belum belum lagi hamil. Adakah saya mempunyai risiko endometriosis atau sekadar period pain yang biasa dan adakah saya perlu berjumpa dr untuk pemeriksaan lanjut? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.