
khiria920
5 tahun
Senggugut dan Period tak teratur
Saya wanita berusia 27 tahun dan baru sahaja 5 bulan berkahwin. Saya mempunyai masalah senggugut dan period tidak teratur daripada umur 15 tahun lagi. Yang saya amat risaukan, selepas berkahwin pun masalah trsebut masih belum hilang. Period saya datang setiap bulan tetapi kitarannya sering lebih daripada 36 hari. Senggugut saya pula tidaklah terlalu heavy, cuma seminggu sebelum period sudah dapat rasa sakit dibahagian bawah dan sakit itu berlanjutan sehingga datang haid hari pertama dan kedua. Beberapa minggu yg lepas, saya ada lergi chek up di klinik kesihatan. Doktor cakap ujian air kencing, ujian darah dan ujian ultrasound mengatakan semuanya normal. Doktor, soalan saya, adakah sengugut itu normal? Mampukah saya untuk hamil tanpa sebarang rawatan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid (senggugut) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim biasa dan melekat sehingga menyebabkan rasa sakit
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Merujuk kepada ketidaksuburan, memandangkan anda belum baru sahaja berkahwin dan belum pernah hamil, maka boleh dikatakan status masalah kesuburan anda belum boleh ditentukan lagi selain melalui pemeriksaan lanjut.
Seandainya masalah berulang sehingga menganggu aktiviti harian anda, maka amatlah digalakkan untuk memeriksa ke doktor. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.