
Anonymous
6 tahun
Senggugut ketika haid
Saya wanita umur 20 dan masih belajar dan belum berkahwin, masalah saya, apabila haid datang, saya akan mengalami senggugut 3 hari lamanya, dan kitaran haid saya semakin tidak menentu

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh :
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.