Anonymous
6 tahun
Senguggut teruk dan period tak teratur
Sy berumur 24 tahun dan sudah berkahwin… Setiap kali sy period senguggut sy sangat2 teruk kadang sampai tak boleh nak buat kerja ada masa sampai tak tahan sakit sy pergi ke klinik…period sy tak teratur dan bila berhubungan intim dengan suami faraj sy sakit…adakah patut sy buat ultrasound scan untuk mengenal pasti sama ada sy ada cyst or fibroid or normal??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman cik, terdapat dua jenis senggugut iaitu :
Senggugut Primer
- Berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor.
- Boleh berlaku dalam kalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis.
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
- Cyst Ovari dan tumor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























