
Sulit
4 tahun
Sengugut teruk dan period tidak tetap
Hi Doktor, sy berumur 28 tahun. Dari remaja saya memang ada masalah sengugut, setiap kali haid. Pd thun 2014 sy pernah kena bell palsy dan makan ubat jenis steroid diberi pakar. Sejak dari tu haid saya tidak lagi teratur walaupun ubat tersebut sudah berhenti sejak 2014. Kadang² 2minggu lewat, 1bulan hingga 2 bulan lewat. Dan bila dtgnya haid, senggugut saya terlalu teruk smpai sy terpaksa membuang air besar, terduduk atas lantai toilet masa lama.
Tidak boleh berdiri dan perlu merangkak. Sakit sengugut ni buat saya muntah air. Dan terpaksa mengambil ponstan. Badan saya jadi basah berpeluh sejuk dan mengigil².
Tapi sengugut ni berlaku hanya satu hari. Mefenamic acid 250mg xcukup melegakan.sy terpaksa mengambil 500mg mefenamic acid.
Sy pernah sakit sengugut seteruk ni sehingga terjelupuk di tandas pam petrol dan terpaksa dipapah org. Bila haid terus sengugut yg teruk smpai xsempat balik rumah Menahan sakit.
Soal haid lambat sy pernah beritahu doktor. Haid sy tak teratur, tp masa tu sy baru seminggu habis haid jumpe doktor. Doktor kata kalau baru lepas haid takpe, xperlu check. Tp sy punya lewat ni da bertahun.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda mengalami haid yang tidak teratur dan juga sengugut.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!