
Anonymous
5 tahun
Sengunggut sampai pengsan
Saya wanita berusia 18 tahun yang mengalami senguggut sgt teruk. Stiap kali snguggut saya akan pengsan, sampaikan last year nak dkt spm pun saya trpaksa ponteng disebabkan snguggut. All the medicine yg dibagi dont give any effect at all. Skejap okay dlm bbrapa minute then dtg lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman cik, Terdapat dua jenis senggugut iaitu :
Senggugut Primer
- Berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor.
- Biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. T
- Boleh berlaku dalam kalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis.
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
- Cyst Ovari dan tumor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.