
Anonymous
5 tahun
Sentiasa merasa hendak pitam
saya wanita 20 berasa sentiasa berasa hendak pitam selama 2 hari rasa satu badan macam berdenyut .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, rasa pitam disertia denyut-denyut dapat terjadi disebabkan beberapa hal, seperti:
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih