
Sulit
4 tahun
Seorang yang berusia 54 tahun yang sudah 3 tahun tidak period secara tiba tiba period kembali dan tempoh datang bulan juga lebih lama dari kebiasaannya
Ibu saya telah berusia 54 tahun. Beliau sudah hampir 3 tahun tidak datang bulan dan dia menyangka dia sudah menopouse. Tapi sejak bulan lepas, dia mula datang bulan semula dan dia mengalami senggugut yang sedikit teruk sehingga demam. Tempoh dia datang bulan juga agak lama iaitu selama 15 hari berbanding kebiasaannya iaitu 7 hari. Saya sudah banyak kali ajak ibu saya untuk berjumpa doktor tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya cuma nak tahu sama ada period ibu saya itu adalah period yang normal atau tidak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kami tentang soalan yang berunsur peribadi dan sensitif ini. Oleh itu, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan fakta yang sahih dan tepat.
Ibu anda telah mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur walaupun telah berumur 54 tahun dan ibu anda juga baru haid kembali selama 15 hari . Hal ini pasti merunsingkan anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid yang dialami ibu anda. Untuk makluman anda, masalah ibu anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika ibu anda berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Kami memahami ibu anda segan untuk berjumpa dengan doktor. Anda disarankan untuk memujuk ibu anda supaya dia berani dan tidak segan untuk berhubung dengan doktor. Hal ini kerana pemeriksaan amat penting supaya ibu anda tidak mengalami masalah kesihatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!