
Sulit
3 tahun
Seperti ada gerakan dalam perut
Assalamualaikum…saya wanita berusia 47 tahun…kebelakangan ini saya merasakan seperti ada gerakan dalam perut seperti gerakan bayi. Period saya kitaran normal dan kedatangan haid jgk teratur. Anak saya yang paling kecil berumur 6 tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda merasakan gerakan dalam perut dengan status bukan hamil dan haid yang teratur. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Antara sebab masalah ini berlaku termasuk
- senak perut
- kekejangan semasa ovulasi
- kekejangan otot dalam perut
- reaksi alergi kepada makanan
- usus tidak berfungsi lancar
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.