Sulit
3 tahun
Seperti ada pergerakkan serangga dalam telinga
Beberapa hari ini, telinga saya seperti ada sesuatu (mungkin serangga - saya tak dapat pastikan, sebab seperti sesuatu yang bersaiz kecil gerak yang bergerak di dalamnya. Pergerakkan “serangga” ini kerap berlaku apapila saya dalam keadaan baring / tidur. Ia tidak menyakitkan, cuma pergerakkan itu menyebabkn rasa gatal-gatal dan tidak selesa. Saya pernah korek guna pengorek telinga tapi tiada apa yang keluar. Saya juga pernah masukkan air dalam teliga - ini dapat menghilangkan pergerakkan “serangga” itu buat beberapa ketika. Hari berikutnya akan berlaku lagi perkara sama. Mohon nasihat para doktor keadaan saya ini.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Keadaan ini boleh terjadi disebabkan serangga memasuki telinga ataupun simptom tinitus. Tinitus boleh disebabkan kondisi berikut:
- Trauma kepada telinga
- Masalah neurologi
- Ketumbuhan yang memberikan bunyi dalam telinga, glomus tumour
- Jangkitan pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Masalah metabolisma seperti diabetes mellitus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT specialist) melalui link ini (specialist booking). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.Terima kasih.