
Sulit
5 tahun
Seperti ada tersumbat pada kerongkong
Salam sejahtera. 2 minggu lepas sy terhidu dgn bahan kimia drp bahan pembersih di rumah dan panic attack disebabkan oleh isu semasa kini.sy mengalami kesukaran bernafas, sakit ulu hati,sendawa dan rasa seperti ada tersumbat pada kerongkong.saya tidak mengalami sakit tekak atau demam panas.sekarang, sesak nafas dan masalah2 tadi telah kurang. Tetapi kerongkong sy seperti masih ada tersumbat dan tidak selesa sehingga sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
radang pharynx
Radang tonsil
Ketumbuhan dalam tekak
Benda asing dalam tekak
Masalah otot esofagus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.