
zorafendi37
3 tahun
Serangan asthma.sakit dada .batuk .ketat dada
Slm sy sahara.sudah 2 minggu saya mengalami sesak nafas yang teruk.sy mmg ada asthma yang kronik.sudah menggunakan inhaler untuk mengurangkan sesak nafss namub tidak berkurwngsn .mlhn semakin teruk.bstuk tidak berhenti henti.ketat dada dan nafas berbunyi.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sesak nafas selama 2 minggu dan juga mengalami gejala-gejala yang mengganggu kehidupan seharian anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, serangan asma atau gejala sesak nafas perlu dirujukkan kepada doktor dengan segera.
Tanpa rawatan, anda boleh mengalami komplikasi yang lebih serius seperti kegagalan sistem pernafasan.
Oleh itu anda disarankan untuk ke hospital dengan segera.
Jika anda memerlukan pendapat kedua, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.