Sulit
3 tahun
Serangan asthma Yang terukangan
Saya sudah seminggu sesak nafas.namun tidak berkurangangan.hari ni paling teruk.dah pakai inhaler 8 Kali .namun sesak nafas tidak berkurangan.dada semakin ketat .
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Daripada simptom anda, anda mempunyai serangan asma yang teruk dan tidak dapat dilegakan dengan penggunaan inhaler. Apabila anda mempunyai serangan asma sebegini, anda perlu pergi mendapat rawatan daripada hospital dengan segera.
Terdapat beberapa tanda-tanda yang memerlukan rawatan dengan segera, ini termasuk simptom kesesakan nafas yang merosot dengan cepat, tidak dapat bertutur dalam satu ayat yang lengkap, simptom anda tidak bertambah baik selepas penggunaan inhaler anda dan kesesakan bernafas walaupun melakukan aktiviti yang minimal. Daripada deskripsi anda, asma anda adalah tidak terkawal kerana mempunyai banyak episod asma yang teruk.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diberikan perhation untuk mengawal simptom-simptom asma anda dengan lebih efektif. Antara faktor-faktor tersebut termasuk penggunaan ubat asma dengan betul, pengelakkan pencetus-pencetus asma, gaya hidup yang sihat dan keseriusan kondisi anda. Inhaler perlu digunakan mengikuti dos dan masa yang disyorkan oleh doktor anda. Ia memerlukan teknik pernafasan yang betul untuk memaksimakan ubat yang anda sedut ke dalam paru-paru anda.
Selain itu, elakkan pencetus-pencetus yang boleh mengakibatkan asma contohnya alergen seperti debunga dan hama habuk, perengsa seperti asap rokok dan sesetengah ubat yang anda boleh mempunyai alahan seperti aspirin dan acetaminophen. Gaya hidup yang sihat juga disyorkan dalam pengawalan asma anda termasuk pengurangan stres, pemakanan yang seimbang, sihat dan senaman aerobik.