Sulit
3 tahun
Serangan sakit jantung. mohon doktor terangkan apa punca sebenar dan tindakan yang harus saya ambil
sejak dari semalam, jantung saya terasa amat sakit sehinggakan saya sukar untuk bergerak. sakit seperti dicucuk-cucuk dan pedih. saya hanya mampu baring untuk mengurangkan sakit tersebut. mohon penjelasan doktor. terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sakit dada kepada doktor dengan kadar segera kerana serangan jantung boleh menyebabkan kematian. Anda dinasihatkan untuk terus pergi ke unit kecemasan hospital jika sakit dada itu bertambah teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!