Sulit
6 tahun
Sering berangin dalam badan
saya wanita 31 mengalami masalah angin dalam perut yg mana apabila mengalami masalah ini saya sering sendawa dan susah kentut. selepas makan sangat berasa sgt lemah dan tidak bermaya.kadangkala saya rasakan jantung saya kerap berdebar dan nafas saya pendek. sering berasa sakit di bahagian abdomen kiri. tidak kerap pedih perut. saya juga sering rasa melayang dan pening kepala. kadang kala saya merasa down dan selalu berfikir negatif.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
Bagi simptom selalu beraa sedih dan down ini, hal ini boleh menjurus kepada keadaan tertekanan serta masalah mental lain. kami tidak boleh memberikan kata putus berkenaan dengan hal ini kerana banyak lagi sejarah sakit serta pemeriksaan perlu dilakukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































