Sulit
3 tahun
Sering gatal kerongkong
Saya wanita berumur 33 tahun. Saya sering katal kerongkong. Sering minum air putih 2-3 Liter 1hari. Saya tidak demam atau selsema, jikalau sy selsema pon kerana aircond terlalu sejuk! Adakah sy perlu buat saringan covid-19? Saya juga tidak ada contact dgn tabligh mahupun sesiapa yg pulang dr overseas.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah tekak gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang minum air
- Tekak luka akibat batuk
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ Terima kasih.