
Sulit
5 tahun
Sering kencing dalam masa sehari
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya kerap kencing sejak kebelakangan ni. Ketika mandi lebih kurang 2-3 kali kencing tetapi kencing kali 2 dan ketiga hanya lah kencing yang sedikit. Kenapa ya? Sebelum tidur juga akan buang air 2-3 kali tetapi hanya sedikit sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan pada salur kencing
- batu karang
- kencing manis jenis 1
- kandungan kalsium yang tinggi dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.