Sulit
5 tahun
Sering mengalami sakit kepala dan ingin mengatahui punca punca tersebut
Asalam doktor saya berumur 17 tahun… saya sering mengalami sakit kepala dan berasa mual…selain itu saya juga sering tido pada pukul 12 tghari dan bangun pada pukul 10 malam. Saya ingin menanyakan adakah disebabkan tabiat saya itu saya mengalami sakit kepala ini atau berpunca daripada lain. Tambahan saya juga sering bermain gadget adakah ini pun termasuk daripada punca sakit kepala saya?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































