
Anonymous
5 tahun
Sering mengalami sakit kepala di sebelah bahagian
Hai doctor. Sy berusia 27tahun. Saya sering mengalami sakit kepala disebelah bahagian.Adakala di bahagian kiri dan adakala disebelah kanan. Ia juga sering menangkap ke mata saya. Boleh saya tahu punca dan cara mengatasi nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebaiknya tentukan dahulu sakit kepala di sisi mana seperti sebelah kiri atau kanan. Sakit kepala satu sisi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tension headache
- Migrain
- Cluster headache
- Sakit kepala kronik
- Penyalahgunaan ubat
- Sakit kepala kerana masalah berkaitan gigi atau gusi
- Sakit kepala disebabkan kafein dari teh dan kopi
- Sakit kepala kerana sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.