starintheworld17
6 tahun
Sering mengalami Sakit kepala
Hai doktor. .saya lin. .berumur 31thn. .suda berkahwin dan menpunyi 2 org anak dan berkerja. .
Soalan sy. .sy sering mengalami sakit kepala di bahagian belakang telinga sebelah kiri. .sakit kepala itu terjadi apabila telinga sy berdengung atau tidak selesa. .
Keadaan ini perna berlanjutan selama 3 ari berturut turut dan kadang seminggu sekali. …
Ada masa walaupun suda makan panadol tetapi sakit itu datang kembali dalam beberapa jam. .
6 tahun
Hai. Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Menurut apa yang diceritakan oleh anda, ada kemungkinan ada mengalami serangan migrain. Migrain merupakan antara serangan sakit kepala yang ramai orang alami. Ia mewakili 10% daripada jumlah sakit kepala primary headache.
Antara simptom migrain ialah sakit kepala di sebelah kepala sahaja, boleh datang secara tiba-tiba, kepala rasa berdenyut dan berat, tidak boleh melihat cahaya atau mendengar bunyi bising, sakit kepala hilang selepas mendapatkan tidur yang cukup di dalam bilik yang gelap. Selain itu juga, sesetengah pesakit migrain juga akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai aura. Simptom aura termasuklah;
- Hilang penglihatan buat sementara
- Melihat bintik/corak zigzag di udara
- Berhalusinasi
- Kebas tangan, muka, kepala
- Pergerakan tidak terkawal
- Masalah mencari perkataan atau becakap
Selain itu, terdapat beberapa makanan dan aktiviti yang boleh menyebabkan migrain iaitu coklat, kopi, tea, alkohol dan juga bersenam. Jadi, antara langkah merawat migrain ialah dengan menjauhi makanan dan minuman tersebut selain mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Antara ubat yang boleh digunakan untuk merawat migrain ialah Panadol atau paracetamol, atau NSAIDs seperti ibuprofen or naproxen. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































