
fariddiana04082018
5 tahun
Sering mengalami sakit perut
salam… saya nk tanya , saya selalu mengalami sakit perut hampir setiap hari , tetapi tiap2 bulan saya scan di klinik swasta n pakar sakit puan di hkl tidak mengalami sebarang penyakit dan ketumbuhan… saya sangat hairan kerana sudah masuk setahun saya tidak hamil selepas bersalin anak pertama… saya dh buat pap smear ujian darah semua ok… tapi perut saya masih sakit tanpa sebab… kenapa ya doktor…tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.