
Sulit
3 tahun
Sering menggeletar ketika bercakap atau berucap di depan orang ramai
Saya seorang remaja dan sangat peramah tetapi setiap kali tampil di hadapan orang ramai, saya berdebar dan menggeletar walaupun dengan orang yang saya kenali. Masalah ini sering terjadi ketika kami mengadakan study group dan saya membentang

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kegusaran anda terhadap gejala sering menggeletar ketika bercakap atau berucap di depan individu yang tidak atau yang sudah dikenali, walaupun anda merasakan diri sebagai seorang yang peramah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda perasaan cemas ketika berucap atau bercakap di khalayak ramai atau semasa membentangkan sesuatu yang menyebabkan anda berada di titik perhatian, merupakan fenomena yang dinamakan sebagai speech anxiety atau speech jitters. Ia merupakan seseuatau yang lazimnya berlaku atas beberapa faktor seperti
- terlalu banyak berfikir atau berfikiran negatif
- persiapan diri yang kurang
- kurang keyakinan diri
Atau ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan bantuan dari tenaga pakar seperti fobia. Umumnya gejala speech anxiety atau gangguan fobia boleh mendapatkan rawatan dari pusat kesihatan pakar.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membimbing anda dengan lebih lanjut, atau merujuk ke doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.