
Sulit
4 tahun
Sering merasa sakit kepala
Hai, saya berumur 39 tahun, 3 minggu lepas saya mengalami sakit telinga sebelah kanan.Dokter maklumkan ada jangkitan/nanah dalam telinga dan diberikan antibiotik makan.(antibiotik tersebut diambil x teratur kerana sering lupa namun dapat dihabiskan. Selepas seminggu dari berjumpa dokter, saya telah ke klinik semula dan dokter telah cek, dan nanah tersebut sudah tiada.
Namun Sejak itu saya sering merasa sakit kepala dan lemas badan. Untuk makluman, telinga masih rasa gatal. Apakah penyebab sakit kepala ini. Kepala sakit sebelah kiri, kadang-kadang sebelah atas(tengah).Kadang-kadang seluruh kepala sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Berkenaan masalah sakit telinga anda yang masih terjadi, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal dan rawatan yang tepat.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.