
Sulit
3 tahun
Sering merasa takut secara tiba tiba dan tekanan emosi yang lama
Saya seorang lelaki yang berumur sekitar 27 tahun.Orang sekeliling mengenal saya sebagai seseorang yang “hyper” dan ceria tetapi sejak beberapa bulan ini kerap kali saya mengalami tekanan emosi yang melampau sehingga memakan masa selama beberapa hari.Saya sering merasa ketakutan yang melampau tanpa sebab dan sering merasa manusia itu kejam serta perlu di hapuskan.Selepas beberapa hari saya akan berada dalam keadaan normal semula.Terkadang saya mendengar suara berkata-kata menyuruh saya untuk membunuh seseorang atau diri sendiri.Kadang akan ada saat saya dalam keadaan gembira tiba tiba perasaan tertekan,takut,marah dan sedih akan muncul menyebabkan saya berada dalam keadaan berisiko melakukan perkara buruk lalu saya akan terus meninggalkan kerja dan ianya akan menyebabkan saya tidak dapat hadir bekerja.Saya juga sukar untuk bergaul dengan masyarakat sekitar berikutan saya terkadang dapat melihat ekspresi dan bahasa tubuh seseorang yang negetif dan itu menyebabkan saya menjadi tertekan dan berasa marah bercampur baur sedih hingga menyebabkan timbul perasaan benci dan ingin membunuh.Kerana apa yang masyarakat lakukan sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada sejarah penderaan yang teruk di zaman kanak kanak yang saya lalui. Di sebabkan itu saya sering menyendiri dan menjauh dari masyarakat berikutan takut mencederakan seseorang.Saya juga sukar untuk lelapkan mata sehingga tidak tidur.Keadaan ini semakin hari semakin teruk berbanding semasa zaman remaja dan menyebabkan saya sukar untuk menjalani kehidupan.Saya ada bertanyakan kenalan saya yang bekerja sebagai Doktor di sebuah klinik swasta.Beliau menyarankan saya untuk berjumpa pakar psikiatri.Tetapi saya risau jika kos rawatan yang mahal berikutan keadaan semasa. Menurut Doktor apakah penyakit mental yang saya hadapi? Apakah rawatan yang sesuai untuk keadaan saya ini Doktor? Saya harap Doktor dapat membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti penyakit skizofrenia, kemurungan, bipolar, kecelaruan personaliti dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Rawatan yang sesuai untuk keadaan anda adalah terima rancangan rawatan doktor Psikiatri dan ambil ubat yang ditetap oleh mereka supaya mengawalkan gejala anda. Hospital kerajaan juga mempunyai jabatan Psikiatri, dapat memberikan bantuan kepada anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.