
Sulit
5 tahun
Sering pening dan pedih mata jika terkena cahaya dan semasa dalam kereta
Saya wanita berumur 25 tahun…saya mengalami ini semenjak dua bulan lepas…apakah sebab2 tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Rabun jauh beserta astigmatism - apabila selalu dikenakan silauan cahaya, mata akan semakin sakit dan memberikan sensasi sakit kepala juga kerana pemprosesan imej mata adalah dibelakang kepala
- Radang lapisan mata - akibat jangkitan kuman, habuk atau alahan pada air dan perkara yang lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.