
Sulit
5 tahun
Sering rasa hendak pitam
Assalammualaikum Dokter. Saya wanita berusia awal 30an. Sejak 2minggu kebelakangan ini saya sering rasa badan lesu & hendak pitam.
Kadang rasa seperti oksigen tidak sampai ke kepala & nafas terasa pendek.
Bila bercakap suara tak jelas.
Dalam sehari boleh rasa 3 ke 4 kali nak pitam. Cek urin -ve pregnant.
3kali ke kecemasan cek darah, oksigen, ecg semua normal.
Dokter cuma bgi ubat tahan sakit(panadol) & ubat gastrik sja wlupun xrasa pun sakit gastrik.
Saya ada ke klinik swasta & doc cakap saya cuma hadapi panic attack.
Adakah kesan panic attack tu akan buat badan sentiasa hendak pitam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- anemia yaitu kurang darah
- dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang vitamin dalam diet
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu aktiviti dan rutin harian anda. Maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.