Sulit
5 tahun
Sering sakit dada dan agak sesak nafas
Saya permpuan berumur 15 tahun…pda dua hari lps…sy bangun dr tdr lalu kerna ad mslh sy mnngis bbrapa minit kemudian sy sesak nafas yg agak terruk sehingga membuka mulut sy untuk bernafas dan selang bbrpa minit juga badan sy smpai bahu terasa kesemutan/krem…dan jari sy seperti tertarik seakan" hampir stroke…namun syukur setelah d sapu minyak angin dan di urut" sy okay dan slps itu sy agak pening"…sy tertnya" apakh benar itu serangan stroke??..perlukah sy untuk pergi ke klinik??/hosptl??mohon d jwb ya🙏
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada dan sesak nafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak memahami istilah yang anda gunakan “jari seperti tertarik dan hampir strok”. Sekiranya anda strok, anda akan kehilangan fungsi badan samada sebahagian atau kesemuanya. Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk makluman anda, masalah sakit dada dan sesak nafas dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































