
Sulit
4 tahun
Sering sakit kepala dan susah untuk melakukan sesuatu aktiviti
saya wanita 20 an. sejak 2 3 hari ni saya mengalami sakit kepala. pada mulanya sakit kepala bahagian tengah kemudian bahagia hadapan dahi dan sekarang saya mengalami sakit kepala sebelah kanan. tekak saya berasa loya. selera makan berkurangan.saya sudah jumpa doktor dan cerita masalah saya malah dia juga berikan saya ubat migraine tetapi sakit kepala saya semakin berterusan. adakah saya ada penyakit lain? saya harap doktor balas pertanyaan saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah tinggi
- Masalah psikologi:
- Kemurungan
- Keresahan
- Stres
- Kurang rihat
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Ketumbuhan di dalam kepala
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor semula supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Untuk pengetahuan anda, perkara ini memerlukan perhatian doktor segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.