
Sulit
4 tahun
Sering sakit kepala, lenguh tangan dan tidak selesa di leher
Saya wanita berusia 36 tahun. Sering mengalami sKit kepala, lwngub tangan kiri, tidak selesa di leher dan bahagian atas dada. Hidung saya juga selalu tersembat menyebabkan saya sukar bernafas. Mohon pandangan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami bersimpati dengan gejala yang sering anda hadapi iaitu sakit kepala, lenguh tangan kiri, tidak selesa di bahagian atas dada dan hidung tersumbat sehingga sukar bernafas. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum kami membuat sebarang kesimpulan tentang penyebab masalah yang anda hadapi. Maklumat yang anda berikan kurang lengkap untuk kami memahami masalah sebenar anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor dan penjelasan yang boleh berkait dengan masalah anda:
- Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
- Tekanan darah tinggi
- Gangguan stress atau serangan panik
- Kurang melakukan senaman atau kurang melakukan aktiviti harian
- Salah posisi tidur
- Gejala berdengkur waktu tidur
- Kurang oksigen dalam badan
- Jangkitan kuman pada otak atau kepala
- Penyakit salur nafas seperti asthma, atau COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease )
- Penyakit alahan atau penyakit darah beku pada salur darah kepala atau otak.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Kurangkan tekanan darah
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.