
ermaanjel5
5 tahun
Sering sakit kepala pandangan berpinar pinar (pitam)
Sy erma umur 27 asal dri sabah , sy ingin bertanya tentang kesihatan sy… Sudah dua kali sy ke klinik doktor berikan sy ubat obimin kerana. Doktor sah kan tekanan darah sy rendah … Tp sakit kepala sy sudah masuk 3 bulan x sembuh2 ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda hidapi boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Migrain - perkara pencetus seperti makanan (coklat, keju, kopi), cuaca panas
- Kesan ubat seperti pil perancang
- Tekanan darah rendah - puncanya perlu disiasat. Bagi mengurangkan gejala ini, anda boleh minum air secukupnya dalam seharian disamping makanan bergaram secukupnya dalam sehari
- Masalah dalaman kepala seperti jangkitan kuman, pendarahan dalaman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.