
hanisaezurin
6 tahun
Sering sakit kepala
selalu mengalami sakit kepala yang teruk sehingga susah untk tidur malam

6 tahun
Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan. Antara jenis sakit kepala ialah:
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!