
Anonymous
5 tahun
Sering sakit tumit kaki dan masalah keputihan
Saya wanita berumur 26thn sdah berkahwin dan mempunyai 2 org ank,masalah yg sya hdapi sekarang adalah sering sakit bahagian tumit kaki menyucucuk2 dan rasa lenguh2 dari pinggang hingga kebetis,kemudian masalah keputihan yg sngat bnyk …apa yg boleh saya buat doc bantu saya…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini. Antaranya ialah:
- Bengkak tumit: Ia sering berlaku kepada orang yang menpunyai tapak kaki yang rata. Ia juga boleh disebabkan oleh memakai kasut tumit tinggi sebelum tulang matang sepenuhnya.
- Sindrom Tarsal Tunnel: Terjadi apabila saraf besar di bahagian belakang kaki termampat.
- Keradangan kronik pad tumit: Ini disebabkan sama ada pad tumit menjadi terlalu nipis, atau badan terlalu berat.
- Retak: Berlaku tekanan yg berulang, senaman berat, sukan, atau kerja berat. Ia juga boleh disebabkan oleh osteoporosis.
- Penyakit Severs: Ini adalah penyebab utama sakit tumit pada atlet remaja dan kanak-kanak, yang disebabkan oleh microtrauma berlebihan dan berulang pada plat pertumbuhan tulang tumit. Ia paling kerap memberi kesan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun.
- Tendinosis Achilles: Ia adalah keadaan kronik yang berkaitan dengan kemerosotan progresif tendon di kaki.
Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ia amat penting untuk wanita megetahui asas untuk membezakannya. Keputihan fisiologis ini biasa di kalangan wanita, dan selalunya berlaku apabila wanita mengalami kesuburan ataupun di sekitar menstruasi. Ianya tiada gejala penyakit dan juga lendir ini berwarna putih atau krim. Kuantitinya juga sedikit sahaja dan ia tidak berbau ataupun menyebabkan kegatalan di kesulitan. Jika dibandingkan keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Keputihan patologik ini disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih