
Anonymous
6 tahun
Sering semput dan tidak bermaya
sy berumur 40thn. sy seorang guru…sy sering merasa semput.lebih kurang 10thn yg lps…sy mghidap tibi…alhmdullillah skrg sy dh bebas dr kuman tibi.sy jg mempunyai masalah sinus yg agak teruk.sminggu yg lps…sy mghidap selsema.demam…lps tu batuk.sy tidak terus ke klinik…dan kmarin sy rs sakit kepala dan 2 3 hr sblm tu sy terkpaksa selalu menarik nafas dlm tp xlepas.then kmrin sy ke klinik n doc berikan sy antibiotik…ubat batuk…utk kahak n sesak nafas…sy msih lg merasa agak semput tetapi tdak kritikal…sy rs agak tidak bermaya ttapi masih cuba mlakukan kerja rumah.hr ni sy ambil cuti sakit.adakah situasi yg sy alami ini merbahaya doc?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan tuan/puan, masalah ini adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
- Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
- Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.
- perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.