
Sulit
3 tahun
Serum besarkan payu dara atau booty
hai doktor, nak tanya? saya berumur 26tahun. berat saya 38kg dan tinggi 153cm tak normal tak padan dengan umur saya. orang selalu tegur saya bab payu dara dan booty saya kecik. saya ada terjumpa di instagram orang menjual serum besarkan payu dara dan booty, saya nak tanya selamat tak kalau beli? ada effect tak? dan ada cara lain yg boleh bantu saya untuk naikkan berat badan? saya makan banyak pom still tak naik. dan cara lain untuk besarkan payu dara dan booty saya?
mintamaaf kalau soalan agak sikit. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, size payudara dan ‘booty’ dipengaruhi oleh genetik anda. Sekiranya wanita dalam keluarga ibu atau bapa anda mempunyai kedua-dua bahagian badan ini yang kecil, maka anda akan mempunyai payudara dan ‘booty’ yang kecil. Serum yang dijual di pasaran tiada bukti keberkesanannya dan mungkin boleh memudartkan kesihatan anda. Sekiranya anda ingin menaikkan berat badan anda dengan selamat, anda boleh berjumpa pakar permakanan khususnya jika anda rendah BMI.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.