
Sulit
4 tahun
Serum vitamin c dan krim pelindung suria untuk ibu mengandung
saya wanita berumur 30-an dan sedang hamil… saya ingin bertanya, boleh kah ibu hamil menggunakan serum vitamin c untuk kulit wajah dan krim pelindung suria spf50++. Saya dapati banyak bahan kimia terdapat dalam produk sikncare. Boleh doktor terangkan? terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, serum vitamin C dan krim pelindung adalah selamat digunakan untuk wanita mengandung. Bahan-bahan yang terkandung produk ini tidak memberikan kesan kepada bayi anda. Malah ia boleh membantu masalah kulit seperti hyperpigmentation yang sering berlaku pada waktu hamil.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.