
Sulit
3 tahun
Sesak dada dan sakit perut
Hai doctor, saya wanita berumur 18 tahun, saya nk tanya… Baru² nii dlm 4-5 hari nii saya sering sakit dada dan sukar bernafas terutama ketika waktu baring dan duduk biasa… Kemudian, kadang² sakit dada tuu sekali dgn sakit perut atas kanan… Bila saya nak buang air besar@kecil… Saya akan sakit perut dibahagian bawah… Saya pernah operate cyst masa 2018. Sebelum ni selalu lah jugak sesak dada, tpi saya biarkan jaa… Cuma kalini sesak dada balik, so saya nak tau lah sakit apa sbb saya belum pergi dptkan mana² rawatan lagi dan saya taktau nak bagitau family mcm mana😅 terima kasih doctor😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah jantung
- Penyakit paru paru seperti COPD
- Alergik kepada makanan
- Hernia diafragma
- Penyakit batu hempedu
- Pleural effusion
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor