Sulit
3 tahun
Sesak nafas and sakit tulang belakang
Hi doc, saya berumur 20an tetapi sejak beberapa hari saya mengalami sesak nafas dan sukar utk bernafas. 2 hari yang lepas saya telah dibawa ke klinik utk mendapatkan rawatan. Doc baritahu yg saya mempunyai hiper ventilasi. Kadang terasa nyeri di bahagian dada.Apakah saya perlu membuat pemeriksaan di hospital?Sbb saya takut kalau saya ada gejala dengan covid19Harap doc dapat membantu thank you
3 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID memandangkan anda mempunyai simptom seperti sesak nafas. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Walaubagaimanapun, memandangkan anda tidak memiliki sebarang gejala, anda disarankan untuk memantau gejala COVID 19 seperti demam, batuk, kesukaran bernafas, selsema.
Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.Anda harus segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ujian pengesahan jika anda menunjukkan simptom.
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal ) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.