
Sulit
2 tahun
Sesak nafas atau hidung tersumbat disebabkan berhenti merokok
Saya lelaki umur 30,pada 22.03.2020 saya mengalami strok ringan,bila chek di klinik,tekanan darah saya terlalu tinggi,saya juga seorang perokok sejak umur 13 tahun,tapi sejak makan ubat tinggi darah,saya mula buang tabiat merokok saya secara mengejut,dah lebih seminggu tidak merokok,tapi saya mngalami masalah hidung tersumbat dan sesak nafas,adakah semua kesan ini daripada saya berhenti merokok secara tiba tiba dan memberi kesan kepada badan dan kesihatan saya? Doktor tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui ia bukan sahaja tidak merbahaya sekiranya anda berhenti merokok, anda malah sangat digalakkan untuk berhenti merokok. Anda mungkin mengalami simptom ‘withdrawal’ berhenti merokok. Antar simptom-simptom ini ialah:
- Batuk
- Sakit kepala
- Pening
- Sengal badan
- GAngguan sistem penghadamn
- Masalah tidur
- Gangguan konsentrasi
- Keresahan
SImptom-ini tidak berpanjangan dan akan menjadi baik dengan sendirinya. Pemberhentian drastik mungkin efektif untuk sesetengah orang, namun tidak semua orang mampu melakukannya. Untuk memastikan anda istiqamah dalam berhenti merokok, terdapat beberapa tips dan kaedah yang perlu diamalkan. Silakan ke link ini https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok untuk membaca lanjut. Sebetulnya pemberhentian drastik merokok tidak ada kesan drastik.
Selain itu, untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.