Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan batuk berkahak
Saya wanita berumur 28 tahun dan pekerjaan saya memerlukan saya untuk melihat komputer dan pergi mesyuarat. Baru-baru ini saya mengalami selesema, disusuli dengan batuk berkahak dan sesak nafas terutama sekali waktu malam. Kenapakah sesak nafas ini boleh berlaku dan adakah merbahaya sekiranya sesak nafas bersekali dengan batuk berkahak? Terima kasih, doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas dan batuk yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Penyakit TB
Alahan
Penyakit jantung koronari
Sukar untuk saya menjawab adakah ini merbahaya jika sesak nafas ini disertai dengan batuk berkahak. Hal ini kerana keseriusan tidak bergantung kepada perkara tersebut tetapi parameter lain seperti tahap oksigen dalam badan dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































