
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan belakang badan di bahagian paeu paru berasa panas
Saya wanita berumur 24 tahun dan saya telah mengalami sesak nafas dah nafas pendek sejak seminggu lalu. Pada minggu lepas, saya telah merasa sesak nafas dan berasa tidak puas untuk menarik nafas. Saya terpaksa menarik nafas secara lwbih dalam untuk menjadi lebih selesa. Kadangkala suhu badan saya berasa kejap panas dan kembali sejuk. Saya telah mengalami selsema pada hari semalam 1/4/2020 dan saya telah mengambil ubat dan saya telah pulih dari selsema tersebut. Namun sesak nafas masih lagi berlaku. Jika saya melakukan kerja sambil duduk, saya sukar bernafas. Saya sudah membuat test mudah untuk melihat jika saya berisiko dijangkiti covid 19, dan saya dikategorikan sebagai minimum dijangkiti. Namun saya berasa tidak selesa kerana suka bernafas. Apakah yang boleh saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda telah menjawab ujian penilaian dan mendapat keputusan yang minima, tiada keperluan untuk anda menjalani ujian saringan. Untuk makluman anda, seSak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan.
- anemia
- asma
- COPD
- pneumonia
Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan diatas. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/