
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan dada terasa sempit (tidak kerap)
Saya wanita dalam 20an, sometimes saya rasa dada sy sempit,rasa mcm saya kena cekik dan menyebabkan sy sukar utk bernafas… apakah itu sebenarnya disebabkan oleh anxiety atau sebaliknya? Mohon pencerahan daripada dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu dada terasa sempit dan sukar bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih.