
husena.yunus
5 tahun
Sesak nafas dan hidung tersumbat dan hingus berbau busuk
Saya didiagnos menghidap tiroid tapi tak terlalu serius cuma jantung saya laju dan diberi ubat propanolol. Masalah bermula bila saya pergi ke ED kerana sesak nafas dan dr mengdiagnos penyakit tiroid dan jangkitan virus di tekak kerana xtray dan ujian darah semuanya clear dan hnya diberikan ubat selsema dan kahak dan jugak ubat titik hidung. Tetapi dr setelah 2 minggu sesak nafas ini tk juga kurang dan hidung saya tersumbat dan hingus dan kahak juga berbau busuk dan hanya berlaku di sebelah kanan . Apa pendapat dr . Patot atau tidak saya bertemu dgn dr ENT pula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman tekak
- Jangkitan kuman resdung
- Pneumonia (Radang paru-paru)
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk berbincang tentang masalah ini. Beliau akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.