Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan pening kepala serta sukar untuk tidur
Saya merupakan seorang pelajar dan saya berumur.Akhir-akhir ini saya selalu mengalami sesak nafas dan pening kepala.Selain itu, saya juga merasakan badan saya lemah.Minggu ini merupakan minggu ulangkaji kami,adakah ini disebabkan stress? Saya juga mengalami kesukaran untuk tidur.Terima kasih Dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami gejala-gejala yang dinyatakan akibat stress. Ini boleh berlaku akibat tekanan dari peperiksaan yang bakal yang anda hadapi. Namun begitu, jika ia berlarutan dan disertai gejala lain atau bertambah teruk, sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Anda juga boleh mengurangkan stress dengan menyusun jadual ulangkaji diselangi dengan rehat dan riadah serta pemakanan yang seimbang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































