Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan sakit dada
Hai doktor, saya merupakan seorang remaja 18 tahun dan seorang kelainan upaya fizikal… Doktor saya nak tanya kenapa setiap kali selepas saya terkena asap rokok /vape /pembakaran terbuka /asap memanggang / jerebu saya akan mengalami sesak nafas dan sakit dada?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, asap-asap daripada sumber yang disebutkan di atas ini mengandungi bahan yang akan mengganggu sel-sel di saluran pernafasan kita. Terdapat sesetengah individu mempunyai reaksi yang lebih sensitif atau alahan terhadap bahan asap ini. Oleh itu, kemungkinan anda mengalami sesak nafas dan sakit dada adalah disebabkan oleh punca ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































