Sulit
2 tahun
Sesak nafas dan sakit pada pinggang bahagian kanan , ulu hati dan empedu
saya remaja berumur 16 tahun , saya sering makan Maggie . kadang dalam sehari 3 kali . beberapa hari saya sering sesak nafas dan terkadang sakit pada bahagian pinggang kanan , ulu hati dan empedu…adakah berpunca dari makan makanan yang tidak sehat seperti Maggie? terima kasih doc
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami beberapa simptom seperti sesak nafas, sakit pinggang sebelah kanan, ulu hati dan empedu. Anda risau jika ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pemakanan sememangnya memainkan peranan penting dalam kesihatan individu. Sakit pinggang sebelah kanan sering dikaitkan dengan appendix. Ia tidak disebabkan mee segera tetapi selalunya makanan berbiji kecil. Seperti cili, lada dan buah-buahan.
Manakala pedih ulu hati, sesak nafas dan empedu boleh disebabkan oleh perkara tertentu. Antaranya adalah:
- Gastrik
- Ulser perut
- GERD
- Jangkitan H. Pylori
- Kanser
- Pneumonia
- Masalah jantung
Berikut merupakan senarai umum mengenai penyakit yang boleh menyebabkan gejala anda. Namun, ini bukan diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Namun begitu, terdapat juga beberapa habit pemakanan yang boleh menyebabkan simptom anda. Contohnya:
- Makan benda terlalu panas dengan cepat
- Baring selepas makan
- Sering binge-eating atau makan berlebihan
- Terlalu banyak makan benda pedas
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi