Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan sakit pinggang sebelah kiri
Assalamulaikum dan salam sejahtera…sejak 2 hari lepas saya mengalami sesak nafas, sakit pinggang sebelah kiri, dan rasa berat di bahagian belakang,sering mengantuk dan perut kelihatan buncit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan yang anda beri, kami memahami kerisauan anda terhadap kesukaran anda untuk bernafas disertai oleh sakit pinggang. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Antara sebab mengapa seseorang boleh mengalami kesukaran bernafas:
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Serangan asma
- Tibi
- Bronkiektasis
- Paru-paru berair
- Kanser paru-paru
- Serangan jantung
- Refluks asid atau GERD
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Bagi masalah sakit pinggang di sebelah kiri pula boleh disebabkan oleh:
- Radang limpa
- Jangkitan pada buah pinggang kiri
- Pankreatitis
- Ulser gastrik
Walaubagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara umum. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan susulan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi bersama doktor kami di atas talian. Terima kasih.