
Sulit
3 tahun
Sesak nafas Dan sakit pinggang
Sy remaja perempuan 17 tahun
Sejak dulu lagi Sy sering sakit bhgian belakang terutamanya pinggang,
Selalu lenguh sakit yg sgt tidak selesa,seperti pinggang itu mahu patahkan sahaja…
Ketua duduk atas kerusi,badan tidak boleh tegap kan,hnya boleh bbrp Minit shja,lepastu mula la sakit,even stretch kan badan lie down Pon x berkesan,kadang makan masa Yang lama untuk hilangkan kesakitan,
Saya seorang student,during this time mmg online PDPR,selalu akan duduk di kerusi,tetapi,hal ini menyebabkan saya tidak boleh fokus,rasa sakıt n x selesa itu ada,even duduk tidak tegap sekali Pon,ia masih rasa sakıt
Lately ini,apabila saya duduk tegap,saya berada sukar utk bernafas, semput,seolah olah ada Yang menghalang sy utk bernafas ketika duduk tegap,
Saya risau,ia Makin menjadi jadi
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau kerana sering mengalami sakit pinggang dan kesukaran untuk bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah sakit pinggang sering dilaporkan oleh pesakit yang bertemu dengan doktor dan ia disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti:
- Masalah muskuloskeletal
- Postur yang tidak selesa
- Kecederaan saraf
- Kecederaan tulang pinggul
Gejala sukar bernafas anda memerlukan pemerhatian segera oleh doktor. Ia boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.