Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan sakit tekanan didada
Hi. Saya wanita yang berumur dalam 20an. Dah hampir seminggu saya alami masalah sesak nafas dan sakit atau tekanan didada. Tapi masalah ini ketara hanya apabila saya berada dalam kondisi baring sahaja. Tidur saya mula terganggu kerana kerap kali terjaga ditengah malam kerana kesesakan nafas. Adakah ini diantara petanda positif covid-19? Walaubagaimanapun, saya tidak mengalami demam, tiada kontak rapat dengan pesakit covid-19, dan batuk hanya apabila kesesakan nafas terjadi. Apakah pendapat doktor?
Terimakasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterengan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas dan sakit dada yang dihadapi terutama sekali waktu tengah baring atau tidur. Untuk makluman anda, antara petanda-petanda jangkitan COVID-19 ialah :
- Demam atau pernah demam beberapa hari sebelum sesak nafas
- Sesak nafas
- Batuk kering atau bersin
- Selesma
- Cirit-birit
- Sakit tekak
Masalah sakit dada dan sesak nafas mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak kerana kemungkinan salah satu simptom tersebut boleh menjadi perihal yang sebenar. Terdapat beberapa sebab berlakunya sakit dada dan sesak nafas khusus nya ketika baring iaitu:
- Penyakit kronik penyekatan salur nafas
- Masalah aliran darah dalam paru-paru (Cor pulmonale)
- Masalah jantung
- Obesiti
- Masalah mudah panik
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Paru-paru berair.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini berlaku menjadi lebih membimbangkan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi