
Sulit
4 tahun
Sesak Nafas dan sukar untuk tidur
Saya lelaki 27 tahun. mengalami sesak nafas.rasa dada sempit. tetapi boleh menarik nafas panjang dan menahan nafas lama. rasa dada sempit menyebabkan perasaan yang tidak enak serta berpeluh.
pernah melakukan ecg dan xray scan pada bulan 6. keputusan semua bagus. cuma dalam minggu ini rasa tersebut timbul. selepas itu tidak dapat tidur sampai pagi sehingga menyebabkan sakit kepala apabila bangun. bila pejamkan mata, badan automatik terkejut sehingga menyukarkan tidur. boleh saya tahu penyelesaian nya. risau untuk ke hospital pada masa ini disebabkan kes covid.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.