
dinniehaiqal1409
4 tahun
Sesak nafas. demam dan batuk on off. Sakit dada, cirit bieit dan pening kepala
Saya lelaki berumur 17 tahun. Saya mula rasa sesak nafas minggu lepas. Saya pulak demam dan batuk kadang kadang sahaja. saya pun ada berasa pening kepala dan cirit birit. Ada waktu juga dimana saya mempunyai runny nose. Patut ke saya pergi ke hospital untuk buat chrckup covid q9?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selian COVID-19 masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kuman dan virus lain
Alahan
Pneumonia
Acute gastroenteritis
Banyak lagi kemungkinana lain bagi gejala yang anda hadapi. Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi menjawab soalan anda mengenai keperluan untuk anda ke hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga jawapan saya dapat sedikit sebanyka membantu anda. Terima kasih